Saturday, December 24, 2011

Pesan Pada Hati,..

Nukilan ini dipetik dari Blog Jiwa-Jiwa yang selalu menjadi pendorong untuk aku meluahkan segala-galanya di sini.. Maka, hati tertarik dengan kata-kata ini.. membuatkan aku ingin berbicara...

Pesanan ini amat terkesan dalam hati.. Kerana sesungguhnya untuk membenci insan yang pernah aku cintai tidak akan sesekali terlintas di hati..Walaupun cinta itu sudah pergi,..dan kerana kesan cinta yang terlalu dalam membuatkan aku sentiasa mengenang kisah yang lalu.. meratapi sebuah kehilangan dan setiap inci memori yang pernah wujud antara aku dan dia.. Secara tak langsung, mengalirlah air mata kesedihan tatkala mengingatkan kasih yang tidak kesampaian.. Namun,.. senyuman dibibir akan terukir apabila menyedari bahawa aku telah merelakan dan redha dengan pemergian cinta itu dengan keikhlasan.. walaupun rasa cinta yang wujud itu masih tersimpan rapi di dalam hati...

Kadangkala perasaan yang wujud dalam hati tak termampu untuk ditafsir dan dirungkaikan.. Cinta itu sesuatu yang sangat indah jika kita pandai menilai, memahami dan membawanya.. Cinta yang hakiki hanyalah Cinta yang wujud pada-Nya.. Yang menciptakan kita dan Maha Mengetahui segala yang tersurat mahupun tersirat dalam setiap perjalanan hidup manusia.. Cinta lain yang wujud adalah Cinta antara manusia.. Ramai yang mengatakan 'Cinta itu Buta'. Penafsiran bagi setiap individu tentu berbeza mengikut pegangan dan pendirian masing-masing. Ada yang mengatakan Cinta itu Buta kerana perasaan cinta yang hadir itu lahir tanpa mengenal erti siapa pun diri seseorang itu sebenanya. Cinta si miskin dan si kaya misalnya,..cinta yang wujud itu kadangkala membuatkan seseorang itu mengenepikan soal pangkat dan darjat dan kadangkala juga sehingga berlaku perbalahan sekiranya ada pertentangan patah lagi dari keluarga.. Segalanya membuatkan manusia 'Buta' dalam menilai kerana Cinta..

Tapi bagi aku, Cinta itu tak Buta.. yang membutakannya hanyalah manusia yang tidak tahu menilai dan memahami erti Cinta yang telah dianugerahkan dalam diri masing-masing.. Setiap manusia akan dilahirkan rasa cinta dalam diri mereka, cuma yang membezakannya adalah waktu dan bagaimana rasa cinta itu dianugerahkan kepadanya.. Ada yang tidak pernah merasai cinta sehinggalah mereka sah bergelar seorang isteri mahupun suami.. Ini adalah cinta yang terbaik bagi aku, kerana perasaan cinta yang hadir dan dipupuk itu dengan satu ikatan yang sah dan diredhai oleh-Nya..dan yang paling penting ianya sudah tentu milik kita sahaja..Tanpa perlu ada rasa ragu dan curiga kerana secara zahir dan batinnya adalah hakmilik bersama.. Ianya terlalu indah jika memiliki cinta seperti itu..

Tapi aku tak menyatakan bahawa cinta yang hadir sebelum ikatan perkahwinan itu bukan cinta sejati.. Itulah yang dikatakan Cinta terlalu sukar untuk dirungkaikan mahupun ditafsirkan.. Kadangkala cinta yang hadir sebelum ikatan perkahwinan, perkongsian suka duka, impian yang dibina bersama, juga mampu menjadi cinta yang sejati walaupun penyudahnya tidak berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.. Dalam cinta semestinya ada pengorbanan. Kadangkala kita tidak sedar bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam suatu perhubungan itu. Ianya bergantung kepada individu itu untuk mengatasinya.. Apabila berdepan dengan situasi yang melibatkan sesuatu yang amat serius, misalnya kemahuan ibubapa.. Kita perlu menggunakan fikiran yang waras dalam membuat sesuatu keputusan..pelbagai pertimbangan perlu dititik beratkan.. Sedarlah, bahawa tak semua yang kita mahukan dalam dunia ini akan kita perolehi.. dan dari situ, pengorbanan memainkan peranan yang amat penting.. Ianya bergantung kepada individu itu dalam membuat keputusan yang terbaik untuk semua orang...

Alhamdulillah,..kerana aku juga pernah dianugerahkan perasaan cinta itu.. Walaupun hakikatnya cinta yang sekian lama terbina itu telah pergi..namun sehingga kini, tidak semudah itu untuk aku melupakan apatah melenyapkannya dari ingatan.. Kadangkala bibir menyatakan bahawa aku sudah kuat untuk melupakan, mengenepikan, mahupun meninggalkan segala jejak semalam..Tapi hakikatnya, jauh dilubuk hati aku perasaan cinta itu masih bersisa dan tak mudah untuk aku meninggalkannya.. Aku bersyukur kerana pernah merasai kemanisan hidup bercinta dalam tempoh yang agak lama.. dan aku juga akur, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang telah ditentukan oleh-Nya..

Kini,..aku mampu tersenyum walaupun kadangkala air mata kesedihan itu mengalir apabila mengenang kisah cinta yang tidak kesampaian.. Namun untuk meratapi sebuah kehilangan sehingga melemahkan diri, itu tidak sesekali berlaku kerana aku perlu meneruskan kehidupan dengan tenang.. Merelakan dan meredhakan dengan keikhlasan setiap pemergiaan adalah yang terbaik.. Itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan walaupun hakikatnya rasa cinta itu masih ada.. Apa yang aku lakukan, setiap kali memori itu melintasi di fikiran, lantas aku panjatkan doa semoga si dia berada dibawah lindungan Allah s.w.t, diberi kesejahteraan serta dikurniakan kebahagiaan yang sejati bersama insan yang disayangi.. Air mata kesedihan itu pasti akan gugur dari kelopaknya, tapi akhirnya akan diiringi dengan senyuman keikhlasan setelah tersedar sejenak bahawa hakikat itu perlu diterima.. itu membuatkan aku tenang...

2 comments: