Thursday, December 22, 2011

Bicara Hati,...


Malam ini,.. aku berbicara melalui hati,..

Hati yang sangat terkesan dek suatu kenyataan...
Kenyataan bahawa aku telah kehilangan...
Kehilangan insan yang pernah aku cinta..
Insan yang pernah aku sayangi sepenuh hati...





Malam ini,... sekiranya mampu..inginku laungkan padamu, bahawa sesungguhnya.. rasa cinta dan sayang yang pernah wujud untuk kamu tak pernah padam, tak pernah berkurang, apatah dilupakan.. itu tidak sesekali aku mampu lakukan, walau hakikatnya kamu telah tiada setelah lama menghilang..

Terkadang, dalam benak hati terfikir,..
Tidakkah kamu merasa sukar untuk melupakan, serta membuang aku begitu jauh dari hidupmu..?
Tidakkah kamu terfikir apakah yang terjadi padaku setelah aku ditinggalkan..?
Tidakkah kamu terdetik rasa rindu dengan setiap kenangan yang kita pernah lalui bersama bertahun-tahun lamanya..?
Tidakkah kamu merasai sukar untuk membuka hatimu dengan mudah untuk insan lain..?
Perlukah aku meratapi setiap kenangan itu untuk menagih setiap jawapan itu darimu..?

Apa yang aku tahu,... jauh dilubuk hati aku yang paling dalam...
Tidak semudah itu untuk aku melupakanmu, apatah lagi membuang kamu jauh dari hidupku...
Ketahuilah, bukan senang untuk aku menerima apa yang terjadi kerana semuanya yang berlaku bukanlah atas kehendakku.. Walaupun aku kelihatan tenang, itu tak bermakna aku langsung tidak memikirkan perasaanmu tatkala kamu melepaskan aku... Setiap detik, aku mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat kamu..

Walau sekuat mana aku menolak perasaan rindu itu, ia tetap akan hadir tanpa aku duga, tanpa aku pinta,.. kadangkala kehadiran perasaan rindu itu wujud secara tiba-tiba dan pernah menjengah setiap mimpi-mimpiku..dan tatkala aku tersedar, segalanya hanyalah sebuah illusi mimpi,..dan tatkala itu juga butiran jernih itu mengalir deras membasahi wajahku,.. Setiap kali aku merinduimu, hanya 1 jalan yang akan aku lakukan.. iaitu memanjatkan doa semoga kamu dilindungi dan bahagia dengan insan yang kamu sayangi..

Sejujurnya,.. sehingga kini aku masih tak mampu untuk membuka hatiku pada mana-mana insan lain.. kerana bagiku, aku hanya punyai 1 hati....dan yang 1 itu telah aku serahkan segalanya buatmu... dimanakah lagi perlu aku cari hati yang aku miliki untuk diserahkan kepada insan lain sedangkan aku telah menyerahkannya padamu...Tak semudah itu,..untuk membina hati yang baru dan diserahkan kepada insan lain... mungkin mudah buatmu,..tapi tidak bagi aku...

Sehingga kini jua,..aku masih menyimpan setiap memori kita bersama,.. tak pernah ada 1 memori yang aku buangkan..segalanya masih kukuh dalam simpanan dan jua dalam kotak ingatanku.. Terlalu sukar untuk dilenyapkan,..terasa berat,..terasa sayang,..kerana.. bagiku setiap detik yang mempunyai memori bersamamu terlalu berharga buatku,... Tak semudah itu untuk aku lemparkan ketepi...

Mungkin hanya aku,..yang masih meratapi setiap cebisan tinggalan kenangan itu.. Meratapi sebuah kehilangan yang pasti... Kenyataan yang takkan berulang kembali...  Aku telah melakukan yang terbaek untuk melupakanmu,... tapi aku tak mampu.. setiap kata yang terlahir dari bibir, menguatkan semangat..namun adakalanya tewas dek suatu kenangan... suatu kasih sayang yang pernah wujud.... Hakikatnya, hatiku tak mampu...!

Biarpun kamu sudah tiada disisi aku,... Aku akan sentiasa mengingati kisah itu,..kisah cinta kita yang terbina dengan pelbagai ranjau kehidupan..biarkanlah aku meratapinya sendirian... Doakuakan sentiasa mengiringi setiap langkahmu,... membencimu, tidak akan pernah sesekali aku lakukan.. apatah lagi terlintas di hati... biarpun aku merasa sakit itu sendirian..biarkan aku terus tenggelam dengan dunia hayalanku,... Kerana setiap apa yang berlaku bukan kehendak aku mahupun kamu,...segalanya telah ditentukan oleh-Nya.. Biarpun kamu masih belum mengetahui hakikat itu,...hakikat yang sebenar setiap apa yang berlaku padaku,...

Harapanku, agar suatu hari nanti semuanya akan terjawab...dengan hakikat kenyataan...yang belum pernah kamu ketahui...Tatkala itu,.. aku masih tak pasti samada kamu masih mampu untuk mempercayai insan kerdil ini...gadis yang pernah kamu sayang, yang pernah kamu cintai, yang pernah kamu percayai,.. suatu masa dahulu dan bukan kini... dan tatkala itu juga, aku tak pasti..samada hakikat itu yang hadir kepadamu setelah ketiadaanku....tatkala itu, kamu iringkanlah doa buatku...agar tenang disana..dan aku akan sentiasa memerhatikanmu dari atas sana,....

No comments:

Post a Comment