Friday, May 15, 2015

Kembali,...

Bertahun lamanya aku tinggalkan dunia penulisan ini... Pelbagai ragam kehidupan telah aku lalui,.. pelbagai kenangan pahit dan manis menjadi rancah kehidupanku.. Sejenak aku merindui ruangan yang membolehkan aku berbicara tanpa batasan mengenai setiap apa yang terlintas di benak hati... Kerana melalui penulisan ini juga mampu membuatkan aku lebih tenang dan berfikir dengan lebih jauh dengan setiap perkara yang berlegar-legar di dalam hati..

Bila diimbas kembali coretan yang telah dilakarkan di ruangan ini membuatkan aku tersenyum sendirian.. Secara automatiknya setiap bait-bait kenangan lalu melintas dalam fikiran setelah lame aku simpan... Simpan jauh,..

Mungkin aku akan kembali,...
Kembali mencatitkan setiap kenangan, harapan, doa.. mahupon apa sahaja yang membuatkan aku ingin berbicara melalui hati tanpa perlu dipengaruhi oleh sesiapa.. Berbicara tentang kehidupan,..tentang hati,.. trentang perasaan,.. tentang hakikat,.. realiti.. dan mungkin juga angan-angan... 

Saturday, December 24, 2011

Pesan Pada Hati,..

Nukilan ini dipetik dari Blog Jiwa-Jiwa yang selalu menjadi pendorong untuk aku meluahkan segala-galanya di sini.. Maka, hati tertarik dengan kata-kata ini.. membuatkan aku ingin berbicara...

Pesanan ini amat terkesan dalam hati.. Kerana sesungguhnya untuk membenci insan yang pernah aku cintai tidak akan sesekali terlintas di hati..Walaupun cinta itu sudah pergi,..dan kerana kesan cinta yang terlalu dalam membuatkan aku sentiasa mengenang kisah yang lalu.. meratapi sebuah kehilangan dan setiap inci memori yang pernah wujud antara aku dan dia.. Secara tak langsung, mengalirlah air mata kesedihan tatkala mengingatkan kasih yang tidak kesampaian.. Namun,.. senyuman dibibir akan terukir apabila menyedari bahawa aku telah merelakan dan redha dengan pemergian cinta itu dengan keikhlasan.. walaupun rasa cinta yang wujud itu masih tersimpan rapi di dalam hati...

Kadangkala perasaan yang wujud dalam hati tak termampu untuk ditafsir dan dirungkaikan.. Cinta itu sesuatu yang sangat indah jika kita pandai menilai, memahami dan membawanya.. Cinta yang hakiki hanyalah Cinta yang wujud pada-Nya.. Yang menciptakan kita dan Maha Mengetahui segala yang tersurat mahupun tersirat dalam setiap perjalanan hidup manusia.. Cinta lain yang wujud adalah Cinta antara manusia.. Ramai yang mengatakan 'Cinta itu Buta'. Penafsiran bagi setiap individu tentu berbeza mengikut pegangan dan pendirian masing-masing. Ada yang mengatakan Cinta itu Buta kerana perasaan cinta yang hadir itu lahir tanpa mengenal erti siapa pun diri seseorang itu sebenanya. Cinta si miskin dan si kaya misalnya,..cinta yang wujud itu kadangkala membuatkan seseorang itu mengenepikan soal pangkat dan darjat dan kadangkala juga sehingga berlaku perbalahan sekiranya ada pertentangan patah lagi dari keluarga.. Segalanya membuatkan manusia 'Buta' dalam menilai kerana Cinta..

Tapi bagi aku, Cinta itu tak Buta.. yang membutakannya hanyalah manusia yang tidak tahu menilai dan memahami erti Cinta yang telah dianugerahkan dalam diri masing-masing.. Setiap manusia akan dilahirkan rasa cinta dalam diri mereka, cuma yang membezakannya adalah waktu dan bagaimana rasa cinta itu dianugerahkan kepadanya.. Ada yang tidak pernah merasai cinta sehinggalah mereka sah bergelar seorang isteri mahupun suami.. Ini adalah cinta yang terbaik bagi aku, kerana perasaan cinta yang hadir dan dipupuk itu dengan satu ikatan yang sah dan diredhai oleh-Nya..dan yang paling penting ianya sudah tentu milik kita sahaja..Tanpa perlu ada rasa ragu dan curiga kerana secara zahir dan batinnya adalah hakmilik bersama.. Ianya terlalu indah jika memiliki cinta seperti itu..

Tapi aku tak menyatakan bahawa cinta yang hadir sebelum ikatan perkahwinan itu bukan cinta sejati.. Itulah yang dikatakan Cinta terlalu sukar untuk dirungkaikan mahupun ditafsirkan.. Kadangkala cinta yang hadir sebelum ikatan perkahwinan, perkongsian suka duka, impian yang dibina bersama, juga mampu menjadi cinta yang sejati walaupun penyudahnya tidak berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.. Dalam cinta semestinya ada pengorbanan. Kadangkala kita tidak sedar bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam suatu perhubungan itu. Ianya bergantung kepada individu itu untuk mengatasinya.. Apabila berdepan dengan situasi yang melibatkan sesuatu yang amat serius, misalnya kemahuan ibubapa.. Kita perlu menggunakan fikiran yang waras dalam membuat sesuatu keputusan..pelbagai pertimbangan perlu dititik beratkan.. Sedarlah, bahawa tak semua yang kita mahukan dalam dunia ini akan kita perolehi.. dan dari situ, pengorbanan memainkan peranan yang amat penting.. Ianya bergantung kepada individu itu dalam membuat keputusan yang terbaik untuk semua orang...

Alhamdulillah,..kerana aku juga pernah dianugerahkan perasaan cinta itu.. Walaupun hakikatnya cinta yang sekian lama terbina itu telah pergi..namun sehingga kini, tidak semudah itu untuk aku melupakan apatah melenyapkannya dari ingatan.. Kadangkala bibir menyatakan bahawa aku sudah kuat untuk melupakan, mengenepikan, mahupun meninggalkan segala jejak semalam..Tapi hakikatnya, jauh dilubuk hati aku perasaan cinta itu masih bersisa dan tak mudah untuk aku meninggalkannya.. Aku bersyukur kerana pernah merasai kemanisan hidup bercinta dalam tempoh yang agak lama.. dan aku juga akur, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang telah ditentukan oleh-Nya..

Kini,..aku mampu tersenyum walaupun kadangkala air mata kesedihan itu mengalir apabila mengenang kisah cinta yang tidak kesampaian.. Namun untuk meratapi sebuah kehilangan sehingga melemahkan diri, itu tidak sesekali berlaku kerana aku perlu meneruskan kehidupan dengan tenang.. Merelakan dan meredhakan dengan keikhlasan setiap pemergiaan adalah yang terbaik.. Itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan walaupun hakikatnya rasa cinta itu masih ada.. Apa yang aku lakukan, setiap kali memori itu melintasi di fikiran, lantas aku panjatkan doa semoga si dia berada dibawah lindungan Allah s.w.t, diberi kesejahteraan serta dikurniakan kebahagiaan yang sejati bersama insan yang disayangi.. Air mata kesedihan itu pasti akan gugur dari kelopaknya, tapi akhirnya akan diiringi dengan senyuman keikhlasan setelah tersedar sejenak bahawa hakikat itu perlu diterima.. itu membuatkan aku tenang...

Thursday, December 22, 2011

Bicara Hati,...


Malam ini,.. aku berbicara melalui hati,..

Hati yang sangat terkesan dek suatu kenyataan...
Kenyataan bahawa aku telah kehilangan...
Kehilangan insan yang pernah aku cinta..
Insan yang pernah aku sayangi sepenuh hati...





Malam ini,... sekiranya mampu..inginku laungkan padamu, bahawa sesungguhnya.. rasa cinta dan sayang yang pernah wujud untuk kamu tak pernah padam, tak pernah berkurang, apatah dilupakan.. itu tidak sesekali aku mampu lakukan, walau hakikatnya kamu telah tiada setelah lama menghilang..

Terkadang, dalam benak hati terfikir,..
Tidakkah kamu merasa sukar untuk melupakan, serta membuang aku begitu jauh dari hidupmu..?
Tidakkah kamu terfikir apakah yang terjadi padaku setelah aku ditinggalkan..?
Tidakkah kamu terdetik rasa rindu dengan setiap kenangan yang kita pernah lalui bersama bertahun-tahun lamanya..?
Tidakkah kamu merasai sukar untuk membuka hatimu dengan mudah untuk insan lain..?
Perlukah aku meratapi setiap kenangan itu untuk menagih setiap jawapan itu darimu..?

Apa yang aku tahu,... jauh dilubuk hati aku yang paling dalam...
Tidak semudah itu untuk aku melupakanmu, apatah lagi membuang kamu jauh dari hidupku...
Ketahuilah, bukan senang untuk aku menerima apa yang terjadi kerana semuanya yang berlaku bukanlah atas kehendakku.. Walaupun aku kelihatan tenang, itu tak bermakna aku langsung tidak memikirkan perasaanmu tatkala kamu melepaskan aku... Setiap detik, aku mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat kamu..

Walau sekuat mana aku menolak perasaan rindu itu, ia tetap akan hadir tanpa aku duga, tanpa aku pinta,.. kadangkala kehadiran perasaan rindu itu wujud secara tiba-tiba dan pernah menjengah setiap mimpi-mimpiku..dan tatkala aku tersedar, segalanya hanyalah sebuah illusi mimpi,..dan tatkala itu juga butiran jernih itu mengalir deras membasahi wajahku,.. Setiap kali aku merinduimu, hanya 1 jalan yang akan aku lakukan.. iaitu memanjatkan doa semoga kamu dilindungi dan bahagia dengan insan yang kamu sayangi..

Sejujurnya,.. sehingga kini aku masih tak mampu untuk membuka hatiku pada mana-mana insan lain.. kerana bagiku, aku hanya punyai 1 hati....dan yang 1 itu telah aku serahkan segalanya buatmu... dimanakah lagi perlu aku cari hati yang aku miliki untuk diserahkan kepada insan lain sedangkan aku telah menyerahkannya padamu...Tak semudah itu,..untuk membina hati yang baru dan diserahkan kepada insan lain... mungkin mudah buatmu,..tapi tidak bagi aku...

Sehingga kini jua,..aku masih menyimpan setiap memori kita bersama,.. tak pernah ada 1 memori yang aku buangkan..segalanya masih kukuh dalam simpanan dan jua dalam kotak ingatanku.. Terlalu sukar untuk dilenyapkan,..terasa berat,..terasa sayang,..kerana.. bagiku setiap detik yang mempunyai memori bersamamu terlalu berharga buatku,... Tak semudah itu untuk aku lemparkan ketepi...

Mungkin hanya aku,..yang masih meratapi setiap cebisan tinggalan kenangan itu.. Meratapi sebuah kehilangan yang pasti... Kenyataan yang takkan berulang kembali...  Aku telah melakukan yang terbaek untuk melupakanmu,... tapi aku tak mampu.. setiap kata yang terlahir dari bibir, menguatkan semangat..namun adakalanya tewas dek suatu kenangan... suatu kasih sayang yang pernah wujud.... Hakikatnya, hatiku tak mampu...!

Biarpun kamu sudah tiada disisi aku,... Aku akan sentiasa mengingati kisah itu,..kisah cinta kita yang terbina dengan pelbagai ranjau kehidupan..biarkanlah aku meratapinya sendirian... Doakuakan sentiasa mengiringi setiap langkahmu,... membencimu, tidak akan pernah sesekali aku lakukan.. apatah lagi terlintas di hati... biarpun aku merasa sakit itu sendirian..biarkan aku terus tenggelam dengan dunia hayalanku,... Kerana setiap apa yang berlaku bukan kehendak aku mahupun kamu,...segalanya telah ditentukan oleh-Nya.. Biarpun kamu masih belum mengetahui hakikat itu,...hakikat yang sebenar setiap apa yang berlaku padaku,...

Harapanku, agar suatu hari nanti semuanya akan terjawab...dengan hakikat kenyataan...yang belum pernah kamu ketahui...Tatkala itu,.. aku masih tak pasti samada kamu masih mampu untuk mempercayai insan kerdil ini...gadis yang pernah kamu sayang, yang pernah kamu cintai, yang pernah kamu percayai,.. suatu masa dahulu dan bukan kini... dan tatkala itu juga, aku tak pasti..samada hakikat itu yang hadir kepadamu setelah ketiadaanku....tatkala itu, kamu iringkanlah doa buatku...agar tenang disana..dan aku akan sentiasa memerhatikanmu dari atas sana,....

Sunday, December 18, 2011

Tak Mudah Melupakannya

Cinta,..dan kasih sayang..
Yang pernah hadir dari lubuk hati yang paling dalam
Dengan keikhlasan,..
Terlalu sukar untuk dirungkaikan
Dengan kata-kata...
Apabila perasaan RINDU itu hadir...
Apatah lagi jika,..
Hubungan itu terputus di tengah jalan...
Tidak semudah itu untuk dilupakan..
Walau sekuat mana bibir berbicara,..
Mengatakan bahawa,...
'Aku kuat untuk melupakan segalanya'..
Namun hakikatnya yang paling nyata,
Ia tak mampu untuk dilakukan...
Sungguh!! kenyataan itu dirasa kini..
Biarpun sekuat mana..
Kita cuba untuk melupakan,
Kisah Cinta yang lalu,..
Jika hati terlalu mencintai dan menyayangi,
Tatkala nyawa bercerai dari jasadnya,
Tatkala itulah aku mampu untuk melupakan segala-galanya....

Wednesday, November 2, 2011

Cinta Yang Tak Dimiliki

Pengorbanan,..
Adalah satu kekuatan yang ada dalam diri seseorang individu itu,..
Biarpun ianya amat sukar untuk dilakukan,..
Namun penyudahnya akan memberikan sebuah ketenangan 
Yang abadi disisi-Nya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik, 
Tersirat mahupun tersurat.. 
Melupakan seseorang yang pernah bertahkta dihati, 
Apatah lagi setelah segala curahan kasih sayang,..
Suka, duka dikongsi bersama,
Adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.. 
Biar pun sudah tidak bersama lagi,.. 
Kenangan itu tetap akan kukuh dalam ingatan,
Kerana ianya merupakan kenangan terindah,
Yang pernah kita rasa dan melaluinya... 
Bersyukurlah,..
Dengan kasih sayang serta kurniaan itu,..
Walaupun ianya bukan milik kita kini... 
Bersyukur,..
Kerana kita diberi kesempatan,.
Untuk merasai kemanisan berteman dengan penuh kasih sayang,...
Jodoh, ajal dan maut,...
Segalanya ditentukan oleh-Nya..
Kita hanya mampu merancang,..
Dan ketentuan telah ditetapkan dari azali lagi...
dan ketahuilah bahawa,....
Menyayangi tak bermakna mencintai,...
dan...
Mencintai tak bermakna memiliki...

Tuesday, November 1, 2011

Ianya Kembali,..

Semalam,..
Engkau hadir lagi dalam mimpiku,
Setelah aku cuba untuk tidak memikirkanmu,
Tatkala aku mencuba menerima hakikat itu,..
Hakikat yang mana engkau sudah pun menjauh..
Aku redha,..
Redha dengan ketentuan itu..
Mungkin itu adalah yang terbaik untukmu..
Namun,..
Walau segalanya telah berakhir,
Kau akan tetap menjadi kenangan terindahku,..
Mencintaimu adalah anugerah untukku...
Biarpun kita tidak lagi bersatu...
Membencimu tidak akan sesekali aku ungkapkan,..
Malahan,...
Iringan doa untuk kebahagiaanmu..
Yang akan selalu aku titipkan....

Tuesday, October 25, 2011

Senyuman itu, Kosong..

Tatkala ini,...
Inilah yang berlaku dan bergolak dalam hati..
Meronta-ronta mencari pengertian yang hakiki,..
Senyum dan tawa yang terukir hanya dipamerkan secara luaran,..
Bagi membendung dan melupakan rasa sakit, sunyi dan sepi dalam hati,...
Walau hakikatnya mereka masih ada,..
Jiwa dan hati yang kosong tidak mampu untuk dirungkaikan... 
Cukuplah melihat kegembiraan serta kebahagiaan mereka diluar sana,..
Walaupun jauh dilubuk hati,...
Tersimpan seribu satu kisah yang tidak mampu dibuka kembali..
Kisah yang mampu membuatkan,..
Aku lupa pada setiap jalan yang terbentang dihadapan,..
Dan terus menoleh serta menjejaki kenangan semalam,..
Yang semakin tenggelam dek masa dan keadaan...
Hanya senyuman yang mampu terukir,..
Biarpun dalam hati masih mencari ruang untuk dipenuhi..