Dalam sesebuah hubungan itu,.. menjadi kebiasaan apabila dikaitkan dengan kejujuran serta kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Tetapi, ada pula yang menyatakan kita tak seharusnya jujur dalam semua perkara. Atas alasan menjaga hati, dan sebagainya. Bagi aku kejujuran itu penting biarpun ianya amat menyakitkan. Aku tertarik dengan kenyataan ini:
"Kebenaran itu menyakitkan, Penipuan itu Membunuh"
Hati tertarik untuk membicarakan kisah kejujuran dan penipuan,.. Masing-masing punya tanggapan mereka tersendiri, diikuti dengan gaya kehidupan serta cara pemikiran mereka dalam melalui setiap kisah hidup masing-masing.. Aku amat bersetuju dengan kenyaan di atas yang mana, kebenaran itu memang menyakitkan, tetapi hakikatnya kesan bahana daripada penipuan lebih kejam kerana ianya mampu membunuh! Membunuh dengan pelbagai cara dan gaya mengikut rentak kisah mereka. Kesakitan atas sebab kebenaran hanyalah sesuatu yang bisa dimaafkan jika difikirkan secara logik dan jugak akal yang seimbang, namun penipuan yang hanya hadir atas alasan menjaga hati atau atas sebab-sebab lain adalah satu yang sangat kejam dan bisa membunuh rasa sayang itu.. Apatah lagi keadaan itu berulang kali dilakukan..
Kemanakah perginya nilai kejujuran dalam sesuatu hubungan sekiranya segala-galanya adalah penipuan belaka... Dapatkah digambarkan perasaan yang akan wujud apabila kenyataan hakikatnya disebalik penipuan itu di sampaikan oleh orang lain dan sudah tentu perkara ini tidak enak untuk didengarkan,... Tatkala itu,.. setiap butir permata itu tiada nilainya...Sungguhpun begitu, masih rasional lagi penipuan atas sebab-sebab yang mampu memudaratkan,..tetapi dalam soal hubungan yang melibatkan hati 2 insan yang sangat-sangat unik ianya tak mampu untuk ditafsir dan dirungkaikan dengan jelas.. maka, tepuk dada tanyalah hati masing-masing untuk memilih mana jalan yang terbaek samada bahagia dengan dunia yang penuh penipuan dan kelak membunuh,.. ataupun masih menghargai nilai kejujuran yang kuat dalam sesuatu hubungan.... Tepuk dada tanyalah hati.. ~
No comments:
Post a Comment